Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

HINA SANGAT KE SAYA MENCINTAI SUAMI ORANG? SENISTA ITUKAH SAYA BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG?

HINA SANGAT KE SAYA MENCINTAI SUAMI ORANG? SENISTA ITUKAH SAYA BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG?

Memetik dari laman Facebook Pesona Pengantin, terdapat satu soalan yang diajukan apabila seorang wanita meminta pendapat dari pengguna maya yang mempunyai pengalaman berkaitan poligami.


Meskipun dia akui kebanyakan respon yang diberikan adalah negatif. Jom kita ikuti sepenuhnya luahan wanita itu di bawah.


Assalamualaikum admin, terlebih dahulu saya mohon supaya rahsiakan identiti saya. Saya nak tanya pendapat admin dan rakan yang lain. Mungkin pertanyaan saya ini akan dikecam oleh banyak pihak.


Soalan tentang poligami. Saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang sudah berkeluarga, mempunyai seorang anak dan isterinya sedang sarat mengandung.


Kami baru berkenalan selama dua tahun. Dia ada menyampaikan hasrat untuk menjadikan saya sebagai isteri keduanya dan sudah berjumpa dengan kedua ibu bapa saya.


Malah dia memaklumkan pada saya bahawa dia akan beritahu perkara itu kepada isterinya. Tetapi bukan pada masa isterinya sedang sarat mengandung.


Soalan saya, jika saya menjalin hubungan ini atas dasar cinta, adakah ianya satu keputusan yang terhina sebagai seorang wanita? Saya pernah menyuarakan kepada dia bahawa saya rasa bersalah dan kasihan terhadap isterinya sebagai sesama wanita.


Tetapi dia menjawab, dia mampu untuk berpoligami dengan adil. Dan hasrat dia untuk menjadikan saya sebagai isteri kedua itu juga tidak dilarang dalam agama.


Justeru jawapannya itu membuatkan saya dalam dilema. Harap admin dapat membantu saya. Saya terima jika ada yang mengecam saya mahupun marah kerana saya tahu perkara ini sangat sensitif. Saya mohon maaf,”


Sementara dalam ruangan komen di Page Pesona Pengantin, ada satu komen telah mendapat perhatian netizen. Kkomen tersebut yang dimuatnaik dari seorang pengguna Facebook dengan nama Deano Rahayudean Rahmat membalas persoalan wanita itu.


Walaupun saya belum berumahtangga tetapi terpanggil untuk memberikan pandangan. Mungkin kerana adik beradik ramai perempuan dan ibu saya juga adalah ibu tunggal.


Jadi pandangan saya, dari awal perhubungan lagi lelaki itu tidak adil dengan isteri pertama kerana apakah alasan yang dia berikan pada isterinya untuk berjumpa dengan awak?


Yang kedua, kenapa hubungan itu sudah berlanjutan selama dua tahun meskipun awak tahu yang dia mempunyai anak dan isteri? Awak sendiri mencari masalah?


Ketiga, mampu bukan setakat memberi duit kepada anak dan melayan nafsu. Kalau betul dia mampu, maksudnya dia juga mampu menjalankan amanah dan rukun-rukun Islam. Solat tak? Puasa tak?


Keempat, kalau dia menjalankan perintah Allah, tahu tak dia bahawa berdua dengan bukan mahram adalah seperti berdua dengan seekor bab1? Tipulah kalau tidak pernah berjumpa kan?


Dan kelima, pernah terfikir tak suatu hari nanti dia juga akan memberikan alasan yang sama untuk melengkapkan kuota yang ketiga dan keempat isterinya nanti?


Mampu tabahkan hati pada ketika itu? Isteri pertama dapat payung emas, awak pula mendapat payung Shell sahaja sebab rebate isi minyak.


Banyak lagi yang saya nak tanya. Senang cerita, tak payahlah mengusutkan masalah yang ada. Saya sebagai lelaki tidak setuju sebab membayangkan kalau itulah yang terjadi pada adik-adik perempuan saya. Awak dan lelaki itu akan makan kaki kiri dan kanan. Seorang sebelah. Sekian,


Jadi persoalan disini, adakah wanita tersebut patut atau tidak untuk meneruskan hubungannya dengan lelaki yang statusnya suami orang?


Terdapat sesetengah pendapat mengatakan lebih baik teruskan hubungan itu dengan suatu ikatan yang halal, tapi ada juga yang berpendapat lebih baik wanita itu undur diri dan carilah lelaki bujang untuk dia jadikan teman hidup dan bukannya suami orang.


Isu ini sangat-sangat subjektif bukan?


Betul juga kata saudara Deano, mungkin satu hari nanti lelaki tersebut akan memberikan alasan yang sama kepada wanita ini untuk berpoligami setelah mereka berumahtangga.

Post a Comment for "HINA SANGAT KE SAYA MENCINTAI SUAMI ORANG? SENISTA ITUKAH SAYA BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG?"