“Baru Semlm Mkn Sama2..”- Dia Risau Sy Nak Bersalin Rupanya Dia Pergi Dulu, Takziah Buat Uyaina Arsha
“Baru Semlm Mkn Sama2..”- Dia Risau Sy Nak Bersalin Rupanya Dia Pergi Dulu, Takziah Buat Uyaina Arsha
“Rasa terlalu perit dan sakit nak diungkap dengan kata-kata. Kehilangan seorang insan yang terlalu baik,” kata pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengenai pemergian abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad, 35, yang meninggal dunia akibat serangan jantung, malam tadi.
Menurut suami Uyaina iaitu Raja Syahiran, Allahyarham meninggal dunia ketika berbasikal kira-kira jam 9 malam tadi.
Uyaina menerusi Instagram berkata, tidak menyangka abangnya dijemput Ilahi pada usia yang masih muda.
“Baru semalam kami berjumpa. Makan, bersembang dan ketawa sama-sama .Macam-macam juga dia pesan. Dia risaukan adiknya nak bersalin. Rupa-rupanya dia yang pergi dulu.
“Rasa tak percaya dia dah tak ada. Terlalu awal dia pergi. Sama usia dengan arwah baba (bapa) sewaktu dia meninggal dunia.
“Saya kehilangan darah daging yang terlalu kami sayang. Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi ummi. Lama dia rancang nak sambut ulang tahun ummi. Akhirnya, hari lahir ummi diiringi dengan pemergian anak ulungnya. Allahuakbar,” tulisnya.
Menurut Uyaina, abangnya yang juga seorang doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, adalah insan yang berhati mulia dan selalu menjadi contoh terbaik buat adik-adiknya.
“Orang baik selalu pergi dulu. Dia sangat baik, terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik.
“Lepas arwah baba meninggal dunia, dia jadi ketua keluarga. Dari kecil lagi dia dah tunjukkan contoh yang baik untuk kami adik-adik. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama. Dia berjaya dalam pelajaran. Kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan ummi. Kami adik-adik berebut nak berbakti untuk ummi. Dia baik, pemurah dan penyayang.
“Abangku Uzair, semoga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair Arshad. Doakan juga kesejahteraan dan kekuatan buat isteri dan anak-anaknya,” katanya.
Saya bukan sengaja buka aurat – Uyaina Arshad
Selebriti popular Uyaina Arshad terkilan apabila sering didakwa sebagai sengaja mendedahkan aurat dengan menayangkan ‘baby bump’ dalam media sosial.
Uyaina berkata, dia langsung tidak pernah berniat untuk membuka aurat sebaliknya memang tidak mampu menutup kehamilan yang kini sarat menginjak usia lapan bulan.
“Isu jangan tunjuk ‘baby bump’ banyak kali saya kena, tapi masalahnya kalau kehamilan dah masuk bulan kelapan dan ke atas bagaimana nak sorok.
“Saya bukan sengaja nak tayang bentuk kehamilan dalam media sosial. Saya tak pakai baju ketat, malah saya tutup dengan kain tudung.
“Tak tahu bagaimana lagi saya nak puaskan hati orang yang mengatakan tunjuk ‘baby bump’ ini adalah aurat sedangkan saya menutup dengan pakaian dan bukan sengaja nak menunjuk bentuk kehamilan ini,” katanya.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad juga tidak memahami mengapa ada segelintir wanita yang kurang senang dengan kebahagiaan wanita lain.
“Saya juga tak faham kenapa wujud segelintir wanita yang kurang senang dengan wanita lain. Banyak hal yang sengaja dibangkitkan seolah-olah semuanya tidak sempurna di mata mereka.
“Di sini, saya ingin jelaskan media sosial adalah sebahagian daripada kerja saya sebagai anak seni. Muat naik gambar atau video adalah tugas saya. Jadi kalau ternampak ‘baby bump’ itu adalah sesuatu yang bukan disengajakan,” ujarnya.
Terdahulu Uyaina tampil membidas komen seorang pengguna Instagram yang mengatakan ‘baby bump’ yang kelihatan pada video yang dimuat naiknya adalah sebahagian daripada aurat dan tidak boleh didedahkan selain memohon Allah mengampunkan dosanya.
“Dalam Islam, ‘baby bump’ itu aurat. Tidak boleh didedah. Moga Allah ampunkan dosa beliau (Uyaina) dan kita semua,” tulis individu berkenaan.
Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu berkongsi berita gembira dan mengesahkan kehamilannya pada Ramadan lalu.
Sepanjang kehamilan, bekas pengacara program Wanita Hari Ini itu pernah menjalani pembedahan membuang apendiks pada April lalu.
Selang beberapa hari selepas membuang apendiks, isteri penyanyi Raja Syahiran itu sekali lagi apabila mengalami keradangan pada dinding rahim sehingga terpaksa menjalani satu pembedahan.
Pasangan itu bernikah di Colony Star Boulevard di ibu negara pada 20 Disember lalu.
Sumber: Metro
Post a Comment for "“Baru Semlm Mkn Sama2..”- Dia Risau Sy Nak Bersalin Rupanya Dia Pergi Dulu, Takziah Buat Uyaina Arsha"