Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

19 Tahun Kahwin, Lelaki Baru Sedar Isterinya Bukan Wanita

19 Tahun Kahwin, Lelaki Baru Sedar Isterinya Bukan Wanita

Rahsia penyamaran seorang ‘wanita’ warga Kelantan akhirnya terbongkar selepas suaminya menyedari identiti sebenar ‘isteri’nya, Zainab yang juga merupakan seorang lelaki. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila penyamaran itu hanya diketahui si suami, Alwi selepas 19 tahun mereka mendirikan rumah tangga.


Pada awalnya Alwi yang merupakan seorang lelaki warga Pasir Gudang langsung tidak mengesyaki apa-apa terhadap Zainab memandang penampilan dan gaya isterinya itu persis seperti seorang wanita tulen walaupun dia tidak pandai melakukan kerja seorang wanita. Menceritakan kisah itu, Alwi memberitahu mereka mula mengenali antara satu sama lain pada tahun 1993.


Namun hubungan menjadi lebih akrab dan kemudian menjalinkan hubungan cinta. Tidak lama selepas itu, pasangan akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin. 



Mereka kemudian berkahwin dan memandangkan Alwi sudah mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu, pasangan ini bersepakat untuk tidak mempunyai zuriat lagi dan hanya menumpukan perhatian dengan menjaga dua orang anak Alwi tersebut.


Menceritakan kisah itu, Alwi mengakui Zainab merupakan seorang ‘isteri’ dan ‘ibu’ yang sangat baik kerana telah menjaga dan melayan kerenah kedua-dua anaknya seperti anak kandungnya sendiri.


Dia selalu menjadi ‘ibu’ yang baik untuk anak-anak saya, dia pandai memasak, bersihkan rumah dan pandai dalam hal pakaian.


Menurut Alwi, keadaan tiba-tiba berubah sebaik sahaja Zainab memuatnaik gambar seksi di media sosial. Disebabkan itu, ketika Zainab berpakaian seksi, dia telah melihat ke arah lutut ‘isteri’nya dan dia begitu terkejut apabila melihat bulu yang ada pada lutut Zainab tidak kelihatan seperti lutut seorang wanita.


Bukan itu sahaja, Alwi juga turut menemui beberapa mesej perbualan Zainab bersama lelaki lain. Berikutan daripada beberapa ‘petunjuk’ yang ditemuinya itu, Alwi dan kedua-dua anaknya mula mengesyaki identiti sebenar Monica ditambah pula dengan desas-desus yang mengatakan ‘isteri’nya itu sebenarnya seorang lelaki.



Alwi kemudian bersemuka dengan Zainab untuk mendengar sendiri kebenaran dari mulut Zainab mengenai identiti sebenarnya. Selepas melakukan perbincangan, Zainab akhirnya mengaku bahawa dia merupakan seorang transgender dan telah melakukan pembedahan aIat suIitnya.


"Dia telah minum ubat selama bertahun tahun dan ketika kami melakukan hubungan lNTIM, saya tidak merasakan ada benda yang pelik, hanya biasa sahaja. Sekarang baru saya faham kenapa. Dunia saya hancur, tertipu selama hampir 20 tahun".


Selepas berbincang, Alwi akhirnya membuat keputusan untuk menceraikan Zainab dan dia telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan psikologi.


Sumber: Intisari Online / nangtime

Post a Comment for "19 Tahun Kahwin, Lelaki Baru Sedar Isterinya Bukan Wanita"